Menggalakkan warga emas menjalani vaksinasi

Lebih daripada 75% masyarakat Melayu/Islam yang layak telah pun mendapatkan vaksinasi COVID-19 mereka atau membuat janji temu. Masih ragu-ragu sama ada anda harus mendapatkan vaksinasi? Ikuti perbincangan Setiausaha Parlimen Puan Rahayu Mahzam dan Deejay Warna, RZ, mengenai keprihatinan warga emas terhadap vaksin-vaksin ini.

Perjalanan Vaksinasi untuk Warga Emas

Mendapatkan suntikan vaksin adalah penting dan mudah. Saksikan para artis veteran melalui perjalanan vaksinasi mereka bermula dari pendaftaran hingga mendapatkan suntikan dos pertama vaksin COVID-19 mereka.

Buat Janji Temu Vaksinasi

Program vaksinasi COVID-19 sedang dilaksanakan secara bertahap-tahap kepada semua rakyat Singapura dan penduduk jangka panjang.

1. Warga emas berusia 60 tahun dan ke atas boleh datang terus ke sebarang pusat vaksinasi, poliklinik atau PHPC (Klinik Kesediaan Kesihatan Awam) yang mengambil bahagian tanpa perlu membuat janji temu. Warga emas juga boleh membuat pendaftaran dan janji temu secara dalam talian.

DAFTAR

2. Sudah menerima kod yang dihantar kepada anda melalui SMS?

BUAT JANJI TEMU SECARA DALAM TALIAN

3. Warga emas yang perlu mendapatkan vaksinasi di rumah boleh menghubungi Pejabat Generasi Warga Emas di 1800 650 6060.

 

Infografik

 
Vaksinasi melindungi anda daripada COVID-19
 
Kelayakan Anda dari Segi Kesihatan
 
Bagaimana vaksin mRNA COVID-19 berfungsi
 
Vaksin-vaksin COVID-19 adalah selamat
 
Risalah Vaksinasi
 
Beberapa kesan sampingan merupakan tanda-tanda tindak balas imun tubuh anda
 
Lindungi diri anda dan orang-orang tersayang
 
Terus amalkan langkah-langkah pengurusan selamat selepas vaksinasi
 
Vaksin-vaksin COVID-19 adalah selamat dan berkesan
 

Topics
Others